KUALA LUMPUR: Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan, kata Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad.
Beliau berkata, projek dengan kerjasama Asian Rail Academy Sdn Bhd itu dijangka dimulakan dalam masa terdekat dengan pengambilan sebanyak 400 pesara sebelum diperluas kepada bakal pesara.
"Projek ini melatih golongan veteran bukan sahaja untuk bekerja di negara kita, tetapi juga negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Arab Saudi yang turut terlibat sama dalam sistem rel yang ada.
"Saya melihat satu potensi dalam bidang ini, namun kita tetap perlu seimbangkan semula dari segi kelayakan bagi latihan vokasional supaya mereka ini boleh laksanakan kerja yang diberi," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Terdahulu, Mardzuki mewakili UPNM menandatangani surat niat (LoI) dengan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Rail Academy Sdn Bhd RA Thiagaraja di luar Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, di sini, hari ini.
Selain Rail Academy Sdn Bhd, Mardzuki bagi pihak UPNM turut menandatangani LoI dengan Cendana Auto Sdn Bhd (CASB), yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Muhammad Fairuz Abd Razak bagi menjalin kerjasama dalam penyelidikan dan inovasi bagi memantapkan armada kenderaan Tentera Darat.
"Pelbagai perkara boleh dilakukan seperti pertukaran maklumat dan pengetahuan bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan akademik dan latihan amali," katanya.
Pada majlis berkenaan, Mardzuki bagi pihak UPNM turut menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Huihuang International (M) Sdn Bhd, sebuah agensi yang akan bertindak selaku ejen bagi meningkatkan pengambilan pelajar antarabangsa UPNM. - BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Mardzuki (dua kiri) menandatangani MoA bersama Ketua Pegawai Eksekutif Asian Rail Acedemy Sdn Bhd RA Thiagaraja (dua kanan) di reruai UPNM sempena DSA 2024 dan NATSEC Asia 2024 di MITEC, pada Isnin. - Gambar Bernama
Zelenskiy tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelenskiy dijangka meminta para hadirin untuk menghadiri dan menyokong sidang kemuncak keamanan di Switzerland bulan ini.
AWANI Ringkas: Indonesia sedia hantar tentera ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zahid teruskan diplomasi durian dengan mengirim 300 durian ke China
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meraikan diplomasi durian dengan menghantar 300 biji durian dan diagihkan kepada warga China. Beliau menyifatkan lawatan rasminya kali ini memuaskan dan berharap tindakan susulan yang perlu diambil dapat dilaksanakan dengan jayanya. #AgendaAWANI
Institut Malaysia-China ditubuhkan, erat hubungan dua negara - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sebuah Institut Malaysia-China (MCI) akan ditubuhkan untuk meningkatkan kerjasama pendidikan dua negara. Jelasnya, institut ini akan diwujudkan dibawah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan GIATMARA. #AgendaAWANI
AWANI 7:45 [01/06/2024] – Pembunuhan kanak-kanak autisme | SPRM teliti petunjuk baharu | Siasatan sudah bermula, mahukan kebenaran | Himpunan semua penduduk
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Ibu bapa direman tujuh hari, siasatan pembunuhan Zayn Rayyan
- SPRM terima aduan baharu, kontrak suami Hannah Yeoh dan kerajaan Selangor
- Hannah Yeoh sokong siasatan SPRM, mahu kebenaran didedah
- Sambutan Gawai di rumah panjang Luking, tampil warisan bangsa
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Ibu bapa direman tujuh hari, siasatan pembunuhan Zayn Rayyan
- SPRM terima aduan baharu, kontrak suami Hannah Yeoh dan kerajaan Selangor
- Hannah Yeoh sokong siasatan SPRM, mahu kebenaran didedah
- Sambutan Gawai di rumah panjang Luking, tampil warisan bangsa
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Kerajaan berusaha penuhi keperluan 30,000 jurutera menjelang pertengahan 2025 - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan sedang berusaha memenuhi keperluan 30,000 jurutera dalam pelbagai bidang tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Jelasnya, hal ini diusahakan melalui rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dengan mengambil inspirasi dari sistem TVET China yang mampu melahirkan 500,000 graduan dalam masa yang secara relatifnya lebih singkat. #AgendaAWANI
Tawaran TVET dari China sukar ditolak, menguntungkan Malaysia - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata tawaran dan peluang pengajian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ditawarkan kepada Malaysia oleh China adalah luar biasa berbanding negara-negara lain. Jelasnya, China bukan sahaja menawarkan biasiswa kepada pelajar tempatan, bahkan menaja enam jentera lengkap untuk digunakan dalam pembelajaran. #AgendaAWANI
220 institusi TVET China tawar lebih 3,000 penempatan pelajar tambahan kepada Malaysia - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata 220 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di China telah menawarkan 3,125 penempatan tambahan untuk pelajar Malaysia melanjutkan pengajian dalam bidang berkenaan. Jelasnya, ini merupakan antara kejayaan yang berjaya dicapai dalam masa singkat semasa lawatan rasminya ke republik itu. #AgendaAWANI
Indonesia tahan buruan Thailand paling dikehendaki di Bali
Chaowalit mempunyai rekod jenayah termasuk sabitan atas cubaan membunuh dan pemilikan senjata api secara haram.
Belia perlu kreatif manfaatkan sumber untuk menggerakkan persatuan - Adam Adli
Isu dana persatuan yang tidak mencukupi sering dibangkitkan setiap kali sesi pertemuan dengan pertubuhan belia.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Kes Zulfarhan: Lima bekas penuntut UPNM tarik balik rayuan
Semua mereka kekal dipenjara kerana berdepan dengan sabitan dan hukuman penjara 18 tahun bagi tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh Zulfarhan.
Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif
Kerjasama akan menyaksikan kedua-dua pihak meningkatkan inisiatif R&D bersama untuk teknologi sistem tanpa pemandu.
UPNM guna bahan buangan kelapa sawit jadi peledak peluru
UPNM mengorak langkah dalam bidang inovasi apabila menghasilkan peledak atau bahan bakar alternatif dalam peluru daripada ekstrak bahan buangan kelapa sawit.
Jangan abaikan suara wanita dalam proses keamanan dan keselamatan - Noraini
Pandangan dan suara wanita tidak seharusnya diabaikan dalam membuat keputusan berkaitan kemananan dan keselamatan.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan kes kematian Zulfarhan didengar 14 Mei
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Muhammad Najib Mohd Razi selaku responden berkata prosiding pendengaran rayuan itu, ditetapkan pada 14 hingga 16 Mei ini.
Belia Malaysia di akademi tentera AS sambut Ramadan penuh semangat
Selepas jalani latihan kurang setahun di luar negara, kadet Malaysia di Amerika Syarikat dapati Ramadan beri makna luar biasa.
18 pegawai kadet ATM berjaya tamatkan program 2U2I juruterbang
Buat julung kalinya, seramai 18 PK ATM yang terdiri daripada dua cabang perkhidmatan iaitu TDM dan TUDM berjaya menamatkan Program Latihan 2U2I Juruterbang.
Permohonan Pegawai Kadet (Pengajian Asasi) UPNM kini dibuka
Kementerian Pertahanan (Mindef) mengumumkan permohonan untuk Pegawai Kadet (Pengajian Asasi) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi tahun 2023/2024 kini dibuka.